Rumpai laut kering yang belum diproses rupa ia seperti ini. Setiap pek 100gm boleh dimasak sekali gus atau sebahagian sahaja dahulu. Untuk pengambilan selama 3-4 minggu.
Kolagen rumpai laut dari spesies terbaik, Euchima cottoni,
diusahakan secara organik, berwarna keemasan dan bergred AAA. Sangat
kenyal/liat dan masin (rasa air laut) selepas melalui proses pengeringan
di bawah terik matahari, tapi menjadi amat lembut (kembang) selepas
direndam semalaman (juga sudah tawar rasa nya). Sebab itu anda perlu
membasuhnya beberapa kali sebelum direndam dan beberapa kali lagi
selepas semalaman direndam, kemudian ditos dan direbus dengan air
secukupnya (2.5-3 liter air)
Selesai
direbus, kolagen rumpai laut hancur dan menjadi seperti gel/jeli/agar2.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Ambil 3-4 sudu besar
setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur, boleh dimakan begitu saja
tanpa campur apa2 atau dimasukkan dalam jus minuman kegemaran.
Kelebihan
menggunakan kolagen asli ini, selain harganya yang jauh lebih murah dan
bebas kimia, serta dapat dipelbagaikan rasa apabila diambil bersama
minuman kegemaran, ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker wajah.
Caranya,
cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika
diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit,
kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia
kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum
dicuci esok pagi. Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya
pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu
untuk hasil yang lebih menawan.
Selain
penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkan nya
dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit. Contohnya untuk kulit berminyak,
sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji
dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada
wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu
mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih
halus dan bersih.
Bagi mereka yang berkulit normal
pula, campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah,
akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.
Manakala bagi yang berkulit kering, boleh cuba
mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi
mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda
dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.
Walau
bagaimana pun, pengambilan kolagen ini sebagai pemakanan tambahan
setiap hari akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman
diri anda secara keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah
serta kulit badan yang tampak segar dan berseri dari hujung rambut ke
hujung kaki..
http://www.facebook.com/Seavita
No comments:
Post a Comment